Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF) merupakan pencapaian yang baik dan membanggakan buat negara.

Menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia juga menjadi pemangkin untuk kerajaan terus memartabatkan kebebasan media di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: RTM

Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding tahun sebelumnya, pada kedudukan 119 (60.53 mata). Malaysia didapati naik enam anak tangga kepada kedudukan 113 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders.

Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176).

Selain itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital bersama pengamal media sedang meneliti draf Rang Undang-Undang Majlis Media sebelum ia dibawa ke Jemaah Menteri.

L”Insya-Allah akan ada beberapa pengumuman baik buat para pengamal media menjelang Hari Wartawan Nasional (HAWANA),” katanya. <span HAWANA 2023 akan diadakan di Ipoh, Perak pada 27 hingga 29 Mei ini.