Konflik peperangan antara Gaza dan Israel telah memperlihatkan betapa banyak korban nyawa dan juga robohnya sejumlah fasiliti di sana. Kesengsaraan hidup mereka telah membuka mata orang ramai untuk menyalurkan bantuan bagi meringankan beban rakyat di sana.

Namun begitu, wujud individu yang sanggup memainkan sentimen kemanusiaan dalam meraih sumbangan menerusi platform TikTok. Mereka kebiasannya akan membuat live di TikTok dan menyamar sebagai rakyat di negara yang sedang krisis.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Seorang pengguna X @pudynzayn berkongsi, pemilik akaun tersebut biasanya menggunakan taktik itu untuk menipu mereka yang menonton live tersebut dengan ‘mengemis’ wang dalam bentuk gift.

Berselindung di sebalik nama dan identiti rakyat Palestin, pengguna X itu berjaya membongkar kegiatan licik berkenaan selepas menemui akaun TikTok itu selalu menonton video wanita seksi dari luar negara di ruangan repost.

Sumber Gambar: X

Lelaki itu lantas menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam memberi gift kepada seseorang.

“Hati-hati ya guys sebelum bagi gift. Ni antara cara diorang scam duit korang.

“Dekat Rafah tengah Genocide mana sempat nak buat tiktok live!!!,” tulisnya di ciapan.

Perkara itu sekali gus mengundang kecaman hebat di ruangan komen yang rata-ratanya netizen menggesa agar akaun berkenaan disekat serta-merta.

Selain ada yang berkongsi pengalaman hampir tertipu dengan taktik penipuan terbabit, sebahagian netizen menyatakan mana mungkin seseorang menbuat live sewaktu sedang perang apatah lagi memiliki sambungan internet yang stabil untuk buat live di TikTok.

Sumber Gambar: X
Sumber Gambar: X

Jadi, diharapkan orang ramai akan lebih berhati-hati dalam menyalurkan bantuan kerana takut tidak sampai pada sasaran yang sebenar.