Seorang bayi berusia 16 bulan ditemui maut selepas ditinggalkan ibunya yang bercuti selama 10 hari, lapor The Sun.

Peristiwa menyayat hati ini berlaku di Ohio, Amerika Syarikat. Pelakunya adalah Kristel Candelario berusia 32 tahun didakwa cuba membunuh kanak-kanak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peguam Daerah Cuyahoga, berhujah Kristel layak dihukum penjara seumur hidup tanpa parol kerana sengaja meninggalkan anaknya yang berusia 16 bulan, menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Kristel sebelum ini mengaku bersalah membunuh bayinya yang berusia 16 bulan, Jailyn.

Difahamkan Kristel berangkat bercuti pada 6 Jun lalu ke Detroit serta Puerto Rico sebelum pulang pada 16 Jun lalu dan mendapati bayinya sudah mati.

Kristel kemudiannya menghubungi pihak polis.

Menurut doktor Elizabeth Mooney, wakil perubatan Cuyahoga berkata mangsa kelaparan dan mengalami dehidrasi teruk akibat kecuaian ibunya.

“Kanak-kanak itu mengalami dehidrasi teruk dan kurus. Beratnya 13 paun, turun 7 paun berbanding dua bulan lalu,” kata Mooney seperti dilaporkan oleh NBC News, Ahad.

“Ini adalah antara kematian paling tragis dan malang yang pernah saya hadapi. Mangsa menderita selama seminggu,” tambah Mooney.

Kristel sendiri dalam kenyataannya di mahkamah pada Isnin minggu lalu berkata, dia berdoa setiap hari dan berharap mendapat keampunan daripada Tuhan dan anak perempuannya.

“Setiap hari saya memohon keampunan daripada Tuhan dan anak perempuan saya,” kata Kristel.

Peguam Kristel, Derek Smith berkata, tindakan anak guamnya itu tidak boleh dibenarkan. Bagaimanapun, menurut Smith, pelaku berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.

“Dia telah diberi ubat antidepresan. Dia adalah ibu tunggal kepada dua orang anak. Saya tidak cuba mewajarkan tindakannya tetapi saya tidak tahu berapa banyak dia menderita,” kata Smith.

Sumber