Pada 2026, anda kini berada di zaman di mana kek lapis Sarawak mewah dijual dengan harga sekitar RM1,700 ke RM1,800.
Kek Lapis Sarawak antara kek yang popular di Malaysia. Bagi peminat Kek Lapis Sarawak, mereka sedia membelanjakan sejumlah wang untuk membeli kek tersebut.
Seorang peniaga kek lapis menawarkan kek lapis yang digelar Kek Lapis Sultan Mewah dengan harga RM1,800.
Ianya dipercayai kek lapis paling mahal dalam produk yang dijualnya. Dan anda juga boleh mendapatkan kek lapis royale atau luxury biasa dengan nilai RM1,700 yang ada beberapa perisa pilihan.
Peniaga tersebut turut menyatakan mereka juga menyediakan beberapa pilihan saiz berdasarkan kemampuan masing masing.
Harga kek lapis sarawak pun dah macam gaji basic kita. Ni nak bagi tetamu makan masa hari raya pun fikir 2 3 kali 😠pic.twitter.com/oxupGMidLi
— kamaghul deghaman (@kamaghul) March 17, 2026
Di ruangan komen rata rata netizen menganggap harga kek lapis tersebut terlalu mahal. Malah ada yang meminta KPDN untuk mengambil tindakan.
Selain itu netizen yang lain menyindir tentang tahap penyediaan kek lapis sultan tersebut: “Harga T20 tetapi gaul pakai besen beli dekat kedai RM2 ke?”
Harga T20 tapi gaul pakai besen kat kedai rm2 ke
— ric. (@aemeruls_) March 17, 2026
Ada juga yang menegaskan bahawa: “Kenapa peniaga berani menjual dengan harga tidak masuk akal? Sebab masih ada yang sanggup membeli.”
Apa pandangan anda? Adakah anda rasa harga tersebut berpatutan?