Kelab EFL Championship, Blackpool mengambil keputusan untuk berpisah dengan ketua jurulatih, Ian Evatt selepas pasukan itu mencatatkan prestasi hambar sehingga kini hanya berada sedikit di atas zon penyingkiran League One.

Keputusan tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat di media sosial berikutan masa pengumuman yang dianggap mengejutkan.

Apatah lagi ia dibuat pada hari sama kelab berkenaan secara terbuka meraikan ulang tahun kelahiran ke-45 pengendali itu.

Blackpool Pecat Ketua Jurulatih

Dalam satu keputusan pemecatan pengendali yang dianggap antara paling mengejutkan sejak kebelakangan ini, Blackpool mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat Ian Evatt sebagai ketua jurulatih.

Pengumuman tersebut dibuat pada petang Khamis, kurang tujuh jam selepas akaun media sosial rasmi kelab itu memuat naik ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-45 buat bekas pemain pertahanan berkenaan.

Lebih tepat lagi sebelah kami kelab mengucapkan selamat hari lahir dan sebelah petangnya mengucapkan pula selamat tinggal buat Evatt.

Masa pengumuman itu dibuat turut menarik perhatian ramai peminat bola sepak apabila hari yang sepatutnya menjadi sambutan ulang tahun kelahirannya bertukar menjadi hari terakhir beliau bersama kelab tersebut.

Dalam satu kenyataan ringkas, Blackpool mengesahkan pemergian Evatt selepas 12 bulan mengendalikan pasukan itu.

“Kelab Bola Sepak Blackpool mengumumkan bahawa Ian Evatt telah meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih selepas 12 bulan bersama kelab.

“Kelab ingin merakamkan penghargaan kepada Ian atas segala usaha yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatannya di Bloomfield Road.

“Steve Thompson akan mengendalikan pasukan bagi perlawanan hujung minggu ini bersama Stephen Crainey, Stephen Dobbie dan Steve Banks.”

Sumber