Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menyatakan sebanyak 881 perkahwinan bawah umur direkodkan sejak 2022 hingga tahun lalu, termasuk 518 membabitkan remaja perempuan.

Kelantan menjadi negeri tertinggi dengan 193 perkahwinan. Diikuti diikuti Selangor (133), Kedah (126), Terengganu (115), Johor (73), Sabah (63), Pahang (51), Perlis (39), Negeri Sembilan (38), Wilayah Persekutuan (27), Melaka (19) dan Pulau Pinang (4), petik Buletin TV3.

Bagi memastikan prosedur permohonan perkahwinan bawah umur dipatuhi, beliau berkata Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) khusus yang berkuat kuasa sejak 28 September 2018

“SOP ini menekankan aspek kemaslahatan kanak-kanak yang ingin berkahwin, di mana Mahkamah Syariah perlu membuat penilaian teliti sebelum memberikan kebenaran,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, hari ini.

Di bawah Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, umur minimum perkahwinan ditetapkan pada 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Sumber