Undian bagi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027 sebentar tadi menjawab teka-teki pasukan mana yang bakal dihadapi oleh skuad negara.
Malaysia yang bakal mendapat pengendali baharu dalam pusingan kelayakan ini akan berhadapan dengan dua pasukan serantau iaitu Vietnam dan Laos manakala Nepal menjadi satu lagi halangan.
Baca Juga:
- Laluan Harimau Malaya Ke Piala Asia 2027 Semakin Sukar
- Harimau Malaya Dalam Balang 2 Undian Kelayakan Piala Asia 2027
- Senarai Pemain Malaysia Ke Saingan Piala AFF 2024
Melihatkan kepada kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang terbaharu, Vietnam menjadi lawan terkuat dimana mereka berada di kedudukan ke-116.
Malaysia pula kini menghuni ranking ke-132 dan Nepal dan Laos pula berada di tangga ke-175 serta ke-186.
Pertemuan sebelum ini juga menyaksikan Malaysia mempunyai rekod yang cukup baik berbanding Nepal dan Laos.
Namun, sedikit masalah jika melihatkan kepada rekod pertemuan menentang Vietnam kerana skuad negara tewas dalam lima perlawanan terakhir.
Kali terakhir Malaysia menundukkan Vietnam adalah pada Kejuaraan AFF 2014 yang menyaksikan skuad negara menang 4-2 di Hanoi.
Perlu diingatkan, hanya juara kumpulan dalam saingan kelayakan sahaja akan mendapat tiket automatik beraksi di Piala Asia 2027 yang bakal diadakan di Arab Saudi.
Berikut merupakan keputusan penuh undian pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027:
Kumpulan A – Tajikistan, Filipina, Maldives & Timor-Leste
Kumpulan B – Lebanon, Yemen, Bhutan & Brunei Darussalam
Kumpulan C – India, Hong Kong China, Singapore & Bangladesh
Kumpulan D – Thailand, Turkmenistan, Chinese Taipei & Sri Lanka
Kumpulan E – Syria, Afghanistan, Myanmar & Pakistan
Kumpulan F – Vietnam, Malaysia, Nepal & Laos