Dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada bulan ini merupakan peluang terbaik Harimau Malaya untuk menempah tiket ke Piala Asia 2027 secara automatik lebih awal.
Selain itu, skuad kendalian Kim Pan Gon turut berpeluang mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 jika mereka berjaya mencatat dua kemenangan ke atas Oman.

Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Berpontesi Jadi Mangsa ‘Scam’, Ini Nasihat Peguam Hartanah Buat Pembeli Tanah Lot Tanpa Geran Individu
- Admin ‘LHDN Cari Siapa Hari Ini?’ Basuh Orang Atasan Dan Nyatakan 18 Tuntutan
Namun ianya bukan tugas mudah kerana Oman yang berada di ranking FIFA 80 dunia pasti mahu mencuri tiga mata untuk memperbaiki kedudukan dalam kumpulan D.
Berdasarkan kedudukan terkini, Malaysia mendahului kumpulan D dengan 6 mata manakala Oman berada di tangga kedua dengan tiga mata.
🇲🇾 Harimau Malaya are the pace setters in Group D! #AsianQualifiers pic.twitter.com/RBy1q6Z5Bs
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) March 20, 2024
Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat ke saingan Piala Asia 2027, sementara dua pasukan terbawah akan beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.
Tak mustahil Malaysia cipta kejutan berdasarkan kemampuan mereka mencatat keputusan seri ke atas Korea Selatan ketika aksi Piala Asia 2023 di Qatar.
Malaysia dan Oman pernah bertemu sebanyak enam kali dengan rekod dua kemenangan buat Harimau Malaya dan satu keputusan seri. Namun menariknya, ini pertembungan pertama kedua-dua pasukan di kempen Kelayakan Piala Dunia.
Kali terakhir skuad negara menang ke atas Oman adalah 24 tahun lalu iaitu pada aksi Kejohanan Merdeka menerusi kemenangan 2-0 dan pertemuan terakhir menyaksikan skuad negara dibelasah Oman 0-6 di Muscat.