Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung perlawanan penting Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun nanti.

Dalam satu pengesahan rasmi yang dibuat di laman sosial saluran tersebut, siaran langsung tersebut boleh disaksikan di Saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Baca Juga:

RTM Siar Aksi Secara Langsung

Selain itu, bagi yang mempunyai halangan untuk menyaksikan di stadium dan kaca televisyen, penstriman langsung di RTMKlik juga memudahkan anda.

RTM
Kredit Foto: Malaysia NT

Selain itu, Astro Arena bersama-sama pilihan seperti Astro On The Go dan Sooka turut akan menyiarkan perlawanan tersebut.

Selepas mencatatkan kemenangan 2-0 pada aksi sulung bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, skuad kendalian Peter Cklamovski mahu menjadikan Vietnam sebagai mangsa kedua.

Walaupun sedar ia bukanlah tugasan mudah, tetapi seperti diketahui Malaysia pada ketika ini sudah memiliki tujuh pemain warisan baharu yang diharapkan dapat meningkatkan kekuatan pasukan.

Pemain yang dimaksudkan ialah Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Imanol Machuca dan Rodrigo Holgado.

RTM
Kredit Foto: Malaysia NT

 

Kesemua pemain tersebut mempunyai reputasi cukup baik dan pastinya mampu menjadi nilai tambah dalam skuad kebangsaan.

Malaysia dan Vietnam terikat dengan tiga mata selepas tamat satu perlawanan tetapi skuad kendalian Kim Sang-Sik memimpin kumpulan F dengan kelebihan perbezaan jaringan susulan kemenangan 5-0 ke atas Laos dicatatkan.