Kelayakan Piala Asia B-20 2025 – Malaysia vs Sri Lanka [29 September 2024, 8:00 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia yang membabitkan skuad Malaysia bawah 20 tahun menerusi saluran disediakan oleh pihak tuan rumah.
Tiada siaran langsung disiarkan di saluran TV tempatan namun para peminat boleh menyaksikannya menerusi laman YouTube secara live streaming dimana sahaja anda berada.
Malaysia B-20 vs Sri Lanka B-20
Sepak mula: 8:00 malam
Tempat: Stadium Republican Central, Dushanbe
Link Siaran Langsung: Youtube Football TV Tajikistan
Aksi menentang Sri Lanka dianggap sebagai pelengkap jadual selepas skuad negara mengharungi 3 perlawanan.
Sebagai rekod, peluang Malaysia menempah slot ke Piala Asia B-20 2025 boleh dianggap tertutup selepas tumbang 0-1 di tangan Tajikistan pada aksi ketiga Kumpulan E beberapa hari lepas.
Walaupun mencatat kemenangan ke atas Sri Lanka, ia masih tidak cukup untuk meraih tiket ke Piala Asia B-20 menerusi slot tempat kedua terbaik kerana sebarang keputusan menentang pasukan tercorot kumpulan tidak dikira.
Sebelum itu, Korea Utara disahkan sebagai juara kumpulan E selepas menewaskan Oman 1-0 dengan rekod tanpa kalah manakala Malaysia hanya mampu raih 4 mata hasil kemenangan ke atas Oman serta seri menentang Korea Utara.