Ketua jurulatih B-19 kebangsaan, Juan Torres Garrido telah memilih 23 pemain akhir bagi membawa cabaran negara pada saingan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Dushanbe, Tajikistan dari 21 hingga 29 September 2024.

Skuad Harimau Malaya B-19 telah berlepas ke Dushanbe pada pagi Ahad, 15 September 2024 bagi menghadapi saingan Kumpulan E kelayakan tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Berdasarkan senarai tersebut, 16 pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor manakala 3 pemain lagi daripada pasukan Terengganu, Perak serta Sabah.

Malah, 3 pemain berusia 17 tahun daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) turut terpilih bersama seorang lagi pemain yang beraksi di kelab Jepun, Muhammad Abu Khalil dari FC Osaka.

Selain itu, pemain berdarah kacukan Itali, Danish Haady Pesenti yang berusia 19 tahun turut dipanggil memperkuatkan negara buat kali pertama bagi membuktikan kemampuannya.

Malaysia akan menentang Oman pada Sabtu, 21 September; DPR Korea pada Isnin, 23 September; Tajikistan pada Jumaat, 27 September dan Sri Lanka pada Ahad, 29 September 2024, dengan kesemua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Republican Central, Dushanbe.

10 pasukan selaku juara kumpulan bersama lima pasukan tempat kedua terbaik kumpulan akan layak ke pusingan akhir bersama tuan rumah, China untuk Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung pada 6 hingga 23 Februari 2025.