Kelayakan Piala Asia B-20 2025 – Malaysia vs Tajikistan [23 September 2024, 11:00 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia yang membabitkan skuad Malaysia bawah 20 tahun menerusi saluran disediakan oleh pihak tuan rumah.

Tiada siaran langsung disiarkan di saluran TV tempatan namun para peminat boleh menyaksikannya menerusi laman YouTube secara live streaming dimana sahaja anda berada.

Malaysia B-20 vs Tajikistan B-20
Sepak mula: 11:00 malam
Tempat: Stadium Republican Central, Dushanbe
Link Siaran Langsung: Youtube Football TV Tajikistan

Kemenangan ke atas Tajikistan cukup penting bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan akhir Piala Asia B-20.

Selepas bertemu Tajikistan, Malaysia dijadualkan menentang Sri Lanka pada Ahad, 29 September 2024, dengan kesemua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Republican Central, Dushanbe.

10 pasukan selaku juara kumpulan bersama lima pasukan tempat kedua terbaik kumpulan akan layak ke pusingan akhir bersama tuan rumah, China untuk Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung pada 6 hingga 23 Februari 2025.

Berdasarkan senarai pemain, 16 daripadanya dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor manakala 3 pemain lagi daripada pasukan Terengganu, Perak serta Sabah.

Malah, 3 pemain berusia 17 tahun daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) turut terpilih bersama seorang lagi pemain yang beraksi di kelab Jepun, Muhammad Abu Khalil dari FC Osaka.

Selain itu, pemain berdarah kacukan Itali, Danish Haady Pesenti yang berusia 19 tahun turut dipanggil memperkuatkan negara buat kali pertama bagi membuktikan kemampuannya.