Kelayakan Piala Dunia 2026 – Malaysia vs Oman [26 Mac 2024, 10:00 Malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 yang melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
Jangan risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja berada.
Link siaran percuma:
Saluran berbayar, Astro turut akan menyiarkan perlawanan Piala Asia 2023 di Astro Arena namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini.
Link siaran berbayar (Astro Go & Sooka):
Selain itu, para penyokong juga boleh menyaksikan tayangan ‘Big Screen’ (skrin besar) di 16 lokasi terpilih di seluruh negara yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Inisiatif ini dilakukan oleh pihak kerajaan apabila terdapat perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara terutamanya sukan bola sepak.
Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia-Oman (Kelayakan Piala Dunia 2026)https://t.co/QDxZIIDKDN
— VOCKET FC (@vocketfc) March 20, 2024
Perlawanan menentang Oman ini cukup penting bagi mencerahkan peluang Harimau Malaya untuk menempah tiket ke Piala Asia 2027 secara automatik lebih awal.
Selain itu, skuad kendalian Kim Pan Gon turut berpeluang mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 jika mereka berjaya mengutip tiga mata penuh ke atas Oman.
Namun ianya bukan tugas mudah kerana Oman yang berada di ranking FIFA 80 dunia pasti mahu mencuri tiga mata lagi selepas menewaskan Malaysia 2-0 di Muscat pada jumaat lepas.
Berbekalkan sokongan padu penyokong sendiri, Harimau Malaya mampu cipta kejutan menewaskan Oman pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.