Kelayakan Piala Dunia 2026 – Malaysia vs Taiwan [11 Jun 2024, 09:00 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 yang melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
Jangan risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja berada.
Astro turut menyiarkan perlawanan tersebut di Astro Arena namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini.
Link siaran langsung:
- Sukan RTM (111)
- TV Okey (110)
- Astro Arena
Selain itu, para penyokong juga boleh menyaksikan tayangan ‘Big Screen’ (skrin besar) di 14 lokasi terpilih di seluruh negara yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Inisiatif ini dilakukan oleh pihak kerajaan apabila terdapat perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara terutamanya sukan bola sepak.
Ini senarai lokasi tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS:
- Putrajaya: Dataran Putrajaya, Presint 3
- Perlis: Dataran Dato’ Sheikh Ahmad
- Kedah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
- Johor: Ngepot Kabin, Kluang
- Penang: Dewan Gerakan Masyarakat Perda, Jawi
- Perak: Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Jaya
- Negeri Sembilan: Kompleks Belia dan Sukan N. Sembilan, Paroi
- Melaka: UiTM Cawangan Bandaraya Melaka
- Kelantan: AEON Mall, Kota Bharu
- Terengganu: Kompleks Paya Bunga Sentral, K. Terengganu
- Pahang: Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1
- Sarawak: Dataran Perayaan, Kuching
- Sabah: Dataran Uptown Belia, Beufort
- Labuan: UMS Kampus Antarabangsa, Labuan
Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gol bagi mencerahkan peluang mendapatkan tiket automatik layak ke Piala Asia 2027 serta mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.