Kelayakan Piala Dunia 2026 – Oman vs Malaysia [22 Mac 2024, 02:00 Pagi]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 yang melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Jangan risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja berada.
Link siaran percuma:
Saluran berbayar, Astro turut akan menyiarkan perlawanan Piala Asia 2023 di Astro Arena namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini.
Link siaran berbayar (Astro Go & Sooka):
Selain itu, para penyokong juga boleh menyaksikan tayangan ‘Big Screen’ (skrin besar) di 16 lokasi terpilih di seluruh negara yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Inisiatif ini dilakukan oleh pihak kerajaan apabila terdapat perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara terutamanya sukan bola sepak.
Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia-Oman (Kelayakan Piala Dunia 2026)https://t.co/QDxZIIDKDN
— VOCKET FC (@vocketfc) March 20, 2024
Perlawanan menentang Oman ini merupakan peluang terbaik Harimau Malaya untuk menempah tiket ke Piala Asia 2027 secara automatik lebih awal.
Selain itu, skuad kendalian Kim Pan Gon turut berpeluang mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 jika mereka berjaya mencatat dua kemenangan ke atas Oman.
Namun ianya bukan tugas mudah kerana Oman yang berada di ranking FIFA 80 dunia pasti mahu mencuri tiga mata untuk memperbaiki kedudukan dalam kumpulan D.
Tak mustahil Malaysia cipta kejutan berdasarkan kemampuan mereka mencatat keputusan seri ke atas Korea Selatan ketika aksi Piala Asia 2023 di Qatar.