Empat pasukan dari rantau Asean memburu tiket untuk mara ke pusingan ketiga dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Aksi terakhir peringkat kumplan pusingan kedua dalam kempen kelayakan kali ini bakal berlangsung pada 11 dan 12 Jun dan empat pasukan Asean iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam masing-masing masih mempunyai peluang untuk mara ke pusingan ketiga.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Manakala tiga lagi pasukan iaitu Myanmar, Singapura dan Filipina tidak berpeluang untuk mara ke pusingan ketiga selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga tercorot.

Dari empat pasukan, Indonesia dan Vietnam dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara dimana skuad Garuda akan turun menentang Filipina manakala Vietnam akan berdepan cabaran sukar dari Iraq.

Di atas kertas, satu mata sudah cukup bagi Indonesia untuk mara sekiranya Vietnam tewas namun skuad bimbingan Shin Tae-yong perlu mencatat kemenangan untuk memastikan mereka layak dengan selesa tanpa mengambil kira keputusan perlawanan skuad The Golden Stars menentang Iraq.

Bagi Malaysia dan Thailand, kedua-dua pasukan perlu mencatat kemenangan dengan jaringan besar sambil berharap Kyrgyzstan tewas kepada Oman dan China tewas kepada Korea Selatan.

Keputusan seri 1-1 ketika perlawanan di Bishkek menyebabkan skuad Harimau Malaya wajib menewaskan Chinese Taipei dengan lapan jaringan di laman sendiri dan mengharapkan Oman menewaskan Kyrgyzstan dengan keputusan 3-0 atau lebih.

Thailand pula perlu menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol ketika menentang Singapura dan berharap Korea menewaskan China dengan keputusan 2-0 atau lebih besar.

Pasukan yang gagal mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 akan beraksi dalam satu lagi pusingan kelayakan bagi merebut tempat ke Piala Asia 2027 yang bakal diadakan di Arab Saudi.