Pengurus pasukan skuad kebangsaan Thailand, Nualphan Lamsam atau yang lebih dikenali dengan panggilan Madame Pang bakal memberikan ganjaran lumayan kepada pemain dan pegawai pasukan untuk setiap mata yang dikutip dalam saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Menurut laporan salah seorang wartawan sukan di negara itu, Madame Pang bakal memberikan ganjaran kepada pemain dan pegawai pasukan Thailand hadiah wang tunai sebanyak 1 Juta Baht atau sekitar RM132 Ribu untuk setiap satu mata yang diperoleh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tidak cukup dengan itu, pengerusi kelab Port FC itu turut memberikan hadian wang sebanyak 10 Juta Baht atau sekitar RM1.3 Juta sekiranya Thailand berjaya mara ke pusingan ketiga.

Sejak dilantik sebagai pengurus skuad kebangsaan, Madame Pang sentiasa memberikan ganjaran mewah kepada pemain dan pegawai setiap kali skuad Gajah Perang itu memenangi kejuaraan atau menewaskan seteru utama di peringkat Asia Tenggara.

Sebelum ini, Nualphan memberikan ganjaran sebanyak 10 Juta Baht selepas pasukan itu berjaya mara ke perlawanan akhir saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada tahun lalu.

Madame Pang juga sentiasa memberikan perhatian kepada perkembangan pemain di rantau Asia Tenggara dimana beliau tertarik dengan dua pemain Malaysia iaitu Stuart Wilkin dan Darren Lok.

Malah, wanita berusia 57 tahun itu pernah mempunyai perancangan untuk membawa dua pemain tersebut untuk memperkuatkan Port FC.

“Kami juga memantau beberapa pemain Malaysia yang beraksi dalam kejohanan Piala AFF kali ini (2022), saya hargai ketua pasukan (Safawi Rasid) yang bermain di Liga Thailand bersama kelab Ratchaburi.

“Begitu juga Dion Cool (Buriram United), ada ramai pemain bagus, saya lihat perlawanan terakhir (menentang Singapura) pemain nombor 8 (Stuart Wilkin) yang menjaringkan dua gol menentang Singapura.

“Begitu juga nombor sembilan (Darren Lok) kerjasama yang bagus,” kata Madame Pang dipetik dari laporan Flash Sukan.