Adakah anda pernah mendengar program realiti TV The Amazing Race? Bagi anda yang tidak tahu, program realiti The Amazing Race ini sebuah program dimana kesemua pasukan perlu bersaing menyelesaikan beberapa cabaran dalam satu tempoh masa ditetapkan untuk menangi hadiah berupa wang tunai apabila tiba ke destinasi terakhir.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @_mlikr telah memuat naik dua buah video dalam ciapannya di Twitter memaparkan dua pasang pelancong yang dilihat berlari-lari dengan beg galas besar dan diikuti oleh jurukamera.

Baca Juga:

Menerusi ciapan tersebut, dia mengatakan bahawa rancangan realiti itu akan menampilkan Malaysia dalam salah satu musim akan datang.

Akan tetapi, masih belum diketahui sama ada Pulau Pinang akan tampil pada musim akan datang kerana musim 35 bakal debut pada tahun ini dan dilaporkan telah selesai menjalani penggambaran pada November tahun lepas.

Ciapan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa sangat teruja apabila mengetahui perkara terbabit serta tidak sabar mahu melihat episod itu di kaca TV.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berasa bimbang dengan para peserta kerana bertanding dalam cuaca yang agak panas di Malaysia. Malah, ada juga netizen yang mengatakan mereka pernah pasang impian untuk sertai The Amazing Race ini satu ketika dahulu.