Sudah cukup ramai yang mengulas tentang kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati. Jadi, saya tak nak ulas tentang hukuman dan pendapat saya tentang undang-undang pemandu mabuk yang bunuh orang ini.
Cuma, saya tertarik dengan beberapa komen mengatakan yang sistem undang-undang Malaysia tidak adil sebab kalau pemandu terbabit didapati bersalah, dimana denda hanya diberikan kepada kerajaan sahaja dan tidak kepada keluarga si mati.
Sebenarnya, ya, duit denda tu tidak akan diberikan kepada keluarga si mati.
Namun begitu, sebenarnya ada cara untuk keluarga si mati mendapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ini. Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut.
“Bila boleh saman?
“Sekarang pun boleh,”
Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap dua mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang membicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yang membicarakan kes saman keluarga si mati.
Mahkamah tersebut, hakim yang mengendalikan bukanlah orang yang sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman juga tidak akan sama.
Yang sedang mereka alami sekarang ini adalah prosedur jenayah. Yang kita nak minta saman-saman ini adalah prosedur sivil.
Dua benda yang berbeza. Satu, negara Malaysia saman. Dua, keluarga si mati saman.
Dalam undang-undang Malaysia, mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau suffer ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, ada hak untuk menyaman.
Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya dua claim.
Yang pertama, Dependency Claim.
Iaitu, tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh sediakan kalau arwah masih hidup sehingga umur 55 tahun.
Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Contohnya, arwah ni masa hidup, dia menampung RM2500 sebulan untuk menyara keluarga. Maka, ada pengiraan tentang saraan ini, yang syaratnya, saraan itu wajib dibayar terus kepada ahli keluarga yang betul-betul menerima duit tersebut.
Agak panjang bab pengiraan ini, yang tak perlu diulas panjang di sini. Perlu rujuk Peguam masing-masing. Sama ada kiraan itu diterima atau tidak, ianya tertakluk kepada keputusan hakim.
Yang kedua, Bereavement Claim.
Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ni untuk ‘bayar’ kesedihan yang dialami satu keluarga sebab matinya si arwah.
Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis menyebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis.
Namun, tuntutan ini tidak boleh lebih RM30,000.
Yang ketiga, Loss Of Support.
Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ini lebih kepada perbuatan yang tidak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untuk bergantung dari segi tenaga.
Contohnya, arwah merupakan ibu yang ada anak kecil. Suami memang bergantung pada arwah untuk jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju dan tidurkan anak tersebut. Disebabkan arwah dah meninggal, tiada siapa hendak buat kerja-kerja tu.
Maka, suami dia boleh tuntut dekat pemandu mabuk tersebut tentang kehilangan support (sokongan) ini.
Yang keempat, Estate Claim.
Yakni, tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan ‘kesakitan’ yang dialami oleh si mati.
Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Kalau arwah masih hidup, arwah lah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor.
Sebab apa kena bergantung laporan perubatan doktor? Sebab, keluarga tidak tahu si mati sakit macam mana. Tuntutan ini memang banyak bergantung kepada laporan perubatan.
Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati. Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada hakim.
Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Yang kelima, tuntutan kos guaman.
Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka.
Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ini, tempoh untuk mulakan saman adalah dalam tempoh tiga tahun selepas kematian.
Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untuk saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022, keluarga tidak boleh tuntut claim ni.
Bagi Estate Claim, tempoh untuk mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian.
“Kalau keluarga ini menang dan selepas itu pesalah masuk penjara pula sebab kalah kes jenayah, lepas tu dia tak nak bayar saman tu. Macam mana?”
Kalau pemandu ini dah kalah saman, tapi tidak mahu bayar, ada beberapa perkara yang keluarga ini boleh buat:
– Minta mahkamah supaya arahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit.
– Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ini supaya selepas ini segala hutang dibayar kepada keluarga itu sahaja.
– Jual share syarikat pemandu mabuk ni kalau ada.
– Minta Mahkamah declare (isytihar) pemandu mabuk ini bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000.
Berdoalah kita agar makin tingkat kesedaran pemabuk-pemabuk ini supaya jangan jadi bodoh memandu masa kepala pening.
Dan berdoa, agar Tuhan lindungi kita menjadi kedua-dua pihak. Doa agar Tuhan tidak menjadikan kita mangsa dan juga pemangsa.
Isu pemandu mabuk kembali menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat selepas beberapa kejadian maut kebelakangan ini. Baca mengenainya di pautan di bawah.
Dua Kejadian Dalam Masa Seminggu, Isu Pemandu Mabuk Kembali Jadi Tumpuan
Pemandu Mabuk Seret Motosikal Sejauh 2KM Dan Tunjuk ‘Thumbs Up’ Undang Kecaman Netizen
Tular Rakaman Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Dan Seret Motosikal Undang Kemarahan Netizen