Sudah hampir dua tahun Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim telah meninggal dunia, namun keluarga anggota bomba itu masih belum mendapat pembelaan yang sewajarnya sehingga hari ini.

Keluarga arwah masih berharap pelaku yang membunuh anaknya ditangkap segera dan kematian anaknya itu mendapat pembelaan. Menerusi laporan Harian Metro, keluarga Allahyarham Adib akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi di atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut bapa mangsa, Mohd Kassim Abdul Hamid mengatakan bahawa kematian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih walaupun sudah reda dengan pemergiannya anaknya itu. Malah, mereka sekeluarga sungguh kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Malah, keluarga mereka masih berharap polis dapat mengenal pasti saksi dan menangkap pesalah yang memukul anaknya sehingga meninggal dunia. Sebelum ini, mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Manakala menurut ketua polis negara, sehingga kini masih tidak ada saksi yang dipanggil memberi keterangan yang melihat Adib dipukul. Kesemua keterangan yang diperoleh pihaknya bersifat hanya dengar cakap dan juga pendapat.

Difahamkan, keluarga mangsa menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner dan mengatakan ia bukanlah satu perkara mudah untuk membuat keputusan serta mengambil masa lama kerana perlu memanggil saksi dan pakar tertentu.

Apakah pandangan anda mengenai kes ini? Kami sertakan artikel berkaitan kes ini pada pautan di bawah ini.

Kematian Muhammad Adib Disahkan Kerana Dipukul Beberapa Individu Tidak Dikenali

Sumber