Bandar London kini diwarnai dengan pelbagai budaya dan makanan dari luar negara, yang mana kini sudah bertapaknya Nasi Kerabu dari Kelantan di sana.

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun @christechindian, dia berjaya menemui sebuah keluarga di London yang menjalankan bisnes jualan nasi kerabu di Victoria Park.

nasi kerabu
Sumber Gambar: TikTok

Kedai dengan nama ‘Eat Lah’ ini beroperasi secara kecil-kecilan dibawah khemah biru, yang mana menawarkan rasa masakan asli Kelantan.

Menariknya, perniagaan yang tampak kecil ini sebenarnya mampu memperoleh pendapatan yang lumayan setinggi £400,000 (~RM2.2 juta) dalam masa setahun, seperti yang didedahkan oleh salah seorang vendor yang ditemu bual.

Keluarga Di London Dedah Mampu Raih RM2 Juta Setahun Dengan Jual Nasi Kerabu
Sumber Gambar: TikTok

Individu yang menjadi tulang belakang kepada bisnes ini merupakan seorang lelaki Cina kelahiran British yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dari Kelantan dan berkongsi perjalanannya daripada arkitek kepada usahawan makanan.

Selepas sedekad dalam bidang seni bina, dia berasa tidak bersemangat dan memutuskan untuk mengikuti minatnya terhadap makanan, disokong oleh pengaruh dan cinta isteri Malaysianya terhadap masakan tanah airnya.

Walaupun hidangan nasi kerabu itu cukup asing bagi warga setempat pada awalnya tetapi ia mula memenangi hati mereka dengan keunikan rasa yang dibawakan.

Hidangan nasi tradisional masyarakat Melayu ini hadir dengan warna biru pada nasi ini berasal daripada kelopak bunga telang sekaligus menimbulkan sifat ingin tahu dikalangan warga London namun lelaki itu hanya menjawab ia sebagai satu rahsia dengan nada jenaka.

Selain hidangan yang enak, suasana gerai juga menyerlahkan vibes yang menarik. Rakyat Malaysia yang menemu bual turut mengambil peluang dengan pergi ke belakang kaunter dan berinteraksi dengan pelanggan sambil memperkenalkan warga setempat kepada hidangan pelengkap seperti keropok.

@christhechindian

“Should’ve started earlier” 📍: London 💼: Streetfood Chef @eatlahuk @John Ow #GajiHowMuch #SuduOnTheStreet #WorkTour #StreetInterview #FYP #Foryoupage #tiktokmalaysia #london

♬ original sound – Chris MJ – Chris MJ

‘Eat Lah’ bukan sekadar perniagaan tetapi ia adalah cara meraikan warisan orang Kelantan. Penjual itu menyatakan harapan bahawa usaha itu akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk menghargai masakan dan budaya Malaysia, di samping membawa secebis tradisi Malaysia ke jalanan yang sibuk di ibu kota London.

Dengan peningkatan populariti hidangan Nasi Kerabu di London, ia membuka jalan untuk memhubungkan dunia kulinari serta budaya Malaysia secara tidak langsung dengan lebih dekat kepada warga setempat di negara Barat itu.