Segalanya kelihatan seperti tidak berjalan dengan baik buat England menjelang aksi ketiga kumpulan C kejohanan Euro 2024 bertemu Slovenia.
Ia jelas dibuktikan dengan dua aksi awal yang kurang meyakinkan serta keputusan pengurus pasukan, Gareth Southgate meletakkan Trent Alexander-ArnoldĀ hingga menyebabkan beliau dikecam banyak pihak.
Baca Juga:
- Tak Pernah Menang Euro, England Dianggap Tidak Sedar Diri
- Euro 2024: Penyokong England Tertidur Dan Menyedari Stadium Sudah Kosong
- Anak Presiden Serbia ‘Join’ Gaduh Dengan Peminat England
Masalah itu disulitkan lagi dengan kecederaan Luke Shaw yang bakal menyaksikan beliau akan terlepas aksi hingga selesai kempen di Jerman itu serta pergaduhan kecil Kieran Trippier dengan Kyle Walker ketika sesi latihan.
Keadaan itu menyaksikan ketua pasukan, Harry Kane memanggil kesemua 25 pemain lain untuk berbincang dengan lebih dekat serta dari hati ke hati tanpa melibatkan barisan kejurulatihan, seperti dilaporkan Goal.
Enggan melihat perkara negatif tersebut mengganggu kempen pasukan, Kane mahu masalah-masalah itu diselesaikan dengan baik dan segala kelemahan dapat diperbaiki.
Dalam perkembangan sama di sebalik serangan daripada media dan tekanan dirasai, Jordan Pickford menegaskan bahawa para pemain masih tenang menghadapi keadaan ini.
Malah, penjaga gol utama itu turut mengakui seluruh kem England masih teguh berdiri di belakang Southgate.
England menang pada perlawanan pembukaan menentang Serbia hasil jaringan tunggal Jude Bellingham dan kemudiannya terikat 1-1 bertemu Denmark selepas kelebihan dicipta Kane dipadamkan gol menarik Morten Hjulmand.
England merupakan finalis edisi lalu selepas tewas kepada Itali pada aksi final menerusi penentuan sepakan penalti.