Sekumpulan geng motosikal dipuji ramai selepas meninggalkan homestay dalam keadaan yang sangat bersih.
Perkara itu dikongsikan oleh pemilik sebuah homestay di Cherating, Pahang.

Baca Juga:
- Geng Motosikal Dakwa Van Jenazah Dicuri Untuk Pecah Rumah, Ini Penjelasan Polis
- ‘Punca Rider Dibenci’ – Netizen Kecam Geng Motosikal Patahkan Palang Plaza Tol
- Sekali ‘Rem’ Terus Terdiam, Pemilik Superbike Usik Geng Motosikal Kapcai Undang Rasa Geli Hati Netizen
Menerusi perkongsian TikTok @aimieee93, dia dan suaminya berselisih dengan pengunjung homestay mereka, yang merupakan sekumpulan konvoi motosikal.
@aimieee93 Customer dari syurga, bersih rumah ❤️ Moga slmt dlm pjalanan ke dstinasi sterusnya, amiin. #aimiehomestaycherating #homestaycherating #homestaymurahkuantan
♬ Squid Game, Juego Del Calamar 2 (Mingle Game Song Drill) – Klima produciendo
Apabila pasangan suami isteri masuk ke dalam homestay, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati rumah tersebut bersih seperti langsung tidak dipakai.
“Kelmarin dulu konvoi 6 motor, hari ini check out konvoi 13 motosikal, siap ada escort kereta sebuah di belakangnya. Semua bagus-bagus, tinggal rumah bersih sangat. Sinki clear macam tak guna pun. Suami puji sangat-sangat dekat merekalah,” kata TikTok @aimieee93.
Geng motosikal berakhlak tinggi

Menurutnya lagi, daripada rakaman CCTV di ruangan parking homestay, mereka dapat melihat geng motosikal itu tolong menyapu dan membuangkan sampah yang ada.
Apabila mereka masuk ke bahagian dapur, didapati langsung tiada pinggan dan cawan kotor yang ditinggalkan. Bahagian sinki ditinggalkan sangat bersih sekali.
Selepas itu mereka pergi melihat setiap bilik-bilik yang ada. Ternyata keadaan bantal, katil dan selimut telah disusun semula dengan baik.

“Tak macam 13 orang kan? Macam 3 orang saja duduk homestay ini. Terima kasih kepada semua pengunjung tolong jaga rumah ini dengan baik,” ujar TikTok @aimieee93.
Hantaran video itu telah mendapat lebih 300,000 tontonan. Ramai yang memuji geng motosikal itu kerana bertanggungjawab walaupun mereka membayar untuk tinggal di homestay tersebut.

Pada masa sama ada pemilik homestay yang lain mengakui, sekumpulan lelaki datang menginap jauh lebih pembersih daripada pengunjung yang berkeluarga.
“Pernah sekali budak-budak motor mari sewa homestay yang saya bersihkan. Bersih mereka lagi bagus daripada yang bawa family. Sampah letak luar, toto susun elok atas sofa, kalau ubah apa-apa letak balik tempat sama.
“Saya pun pernah dapat guest geng-geng motor. Mula-mula risau. Tapi Lillahitaala. Tak sangka, rumah bersih, sampah siap buang dalam tong besar.
“Kebanyakkan budak motor kalau sewa homestay memang akan jaga dengan elok.
“Serius, kalau geng lelaki duduk, rumah memang akan kemas dan bersih. Lepas itu dengan bau semerbak macam-macam perfume,” kata netizen.
Pada masa sama ada pemilik homestay berkata amat susah untuk jumpa pengunjung seperti itu. Tetapi apabila ada, mereka seperti mahu mengajak mereka datang lagi menginap di homestay mereka pada masa akan datang.