Netizen kegeraman melihat perangai penginap dari neraka sebuah homestay. Di mana pelanggan tersebut dilihat sangat tidak bersyukur dengan kebaikan tuan homestay.

“Bismillah.. Baru ada kekuatan nak up di sini. Salah ke jika saya hanya mampu sediakan beras jasmine jalal import & telur gred B lotus untuk guests? Saya ikhlas. Ini bukan content. Ini betul betul. Owner homestay yang sedih,” tulis tuan rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu perkongsian di media sosial oleh Memory Homestay Durian Tunggal, pihak mereka kecewa kerana perkhidmatan tambahan yang mereka berikan secara percuma telah mengundang kecaman dan dituduh barang murahan.

Dalam perbualan mereka di WhatsApp, tuan rumah memberitahu mereka ada menyediakan bahan makanan seperti beras, telur dan roti. Penginap bertanya sama ada ianya berbayar atau tak?

Tuan rumah dengan berbesar hati memberitahu semua itu percuma, cuma kalau boleh jangan dibawa balik sahaja beberapa jenis barang barang makanan di situ. Kecuali makanan cepat rosak seperti roti, di mana tuan rumah menegaskan ianya boleh dibawa balik dan anggap satu sedekah.

Namun begitu, keluarga yang menginap di rumah tersebut menyatakan bahawa mereka tidak selera makan beras yang disediakan dan bertanya jenis beras tersebut.

Penginap berkata: “Homestay awak guna beras apa ni? Kami masak tak seleralah nak makan nasi macam ni. Telur gred C ke D ni? Kami ramai, telur 12 biji je ke?”

Tuan rumah menjawab bahawa beras itu adalah beras Jalal Super import. Dan telur pula gred B lotus sebab gred A dah habis.

Kemudian penginap tersebut mengkritik perkhidmatan diberikan: “Harga homestay macam hotel beras bagi beras biasa je ke?”

Tuan rumah berkata harga yang mereka kenakan cuma RM250 semalam dengan 4 bilik berhawa dingin. Harga dianggap sangat munasabah.

Pelanggan itu terus memberitahu dia tidak berpuas hati dengan saiz telur sampai mereka sekeluarga berebut nak makan sebab tak cukup.

Ini adalah sambungan perbualan mereka di mana pelanggan itu menyatakan dia tak berpuas hati dilayan seolah olah mereka ayam. Kenapa mereka tak diberikan beras wangi dengan harga RM250 semalam.

Seterusnya, dia meroyan diberikan kicap Jalen dan satu lagi kicap yang mungkin dari China, dia memperlekeh.

“Rumah cantik, beras, telur entah apa apa kau bagi orang makan,” tegas dia lagi.

Tuan rumah ternyata kecewa kerana menurutnya, homestay lain tak sediakan beras, garam, telur dan roti. Sebaliknya mereka menyediakannya sebagai satu sedekah. Namun niat itu pula disalah erti.

Netizen benar benar geram dengan penginap tersebut yang menurut mereka penginap homestay dari neraka.

Ada yang berkata: “Dah cukup elok orang sediakan beras, roti dan telur tu, saya biasanya menginap di homestay disediakan teh dengan kopi sahaja.”

Seorang lagi berkata: “Owner yang baik. Siap bersedekah Lagi. Tak pernah jumpa homestay yang siap sediakan beras telur. Moga tuan dimurahkan rezeki. Jangan lupe tinggal no tel ya. Datang melaka boleh stay sini.”

Rata rata komen berpihak kepada tuan rumah dan mendoakan agar dia terus dimurahkan rezeki di atas kemurahan hati dan kebaikan yang dia buat.