Umum mengetahui bahawa kebanyakan tempat penginapan akan meminta wang deposit ketika pelanggan check-in dan akan memulangkan wang deposit ketika check-out jika tiada sebarang kerosakan atau barang hilang.

Terbaharu, dalam satu hantaran di group Tukang Apa Hari Ini, seorang pengguna Facebook meluahkan rasa hairan dan tidak puas hatinya apabila dituduh merosakkan dinding penginapan disewanya selama 2 hari serta wang depositnya kini dibekukan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, dakwaan pemilik homestay tersebut tidak masuk akal kerana dia dan keluarganya hanya berada di homestay untuk tidur, selebihnya menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar.

Menerusi tangkap layar individu itu bersama pemilik homestay, pihak homestay mengatakan perlu memanggil kontraktor bagi mengenal pasti kerosakan dinding terlebih dahulu dan wang deposit terpaksa dibekukan.

Susulan itu, individu terbabit turut bertanya kepada ahli group apakah yang menjadi punca berlakunya kerosakan pada dinding seperti gambar yang dikongsikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu bahawa kerosakan tersebut tidak akan terjadi dalam masa dua hari dan mengecam tindakan pemilik homestay yang seperti mahu menipu duit deposit individu terbabit.