Dalam kemaskini terbaru AFC MA Ranking November 2017 yang baru sahaja diumumkan oleh pihak AFC semalam, Hong Kong gagal memintas Malaysia dan kekal di kedudukan ke 6.
Dengan kedudukan ini, bermakna Malaysia akan menerima 1 slot automatik ke peringkat kumpulan dan 1 slot kelayakan play-off 2 saingan AFC Champions League 2019 dan 2020.
Tiada Lagi Slot AFC Cup 2019 & 2020
Dengan kedudukan ini, pada musim 2019 dan 2020, tiada lagi pasukan dari Liga Super Malaysia akan beraksi dalam saingan AFC Cup.
Menurut syarat yang ditetapkan oleh pihak AFC, mana-mana MA yang menerima sekurang-kurangnya 1 slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League tidak akan beraksi dalam saingan AFC Cup.
Pasukan Mana Akan Layak Ke AFC Champions League?
Berdasarkan manual yang dikeluarkan oleh pihak AFC, bagi Malaysia, Juara Liga Super 2018 dan 2019 akan layak beraksi dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League jika pasukan tersebut mempunyai lesen kelab AFC.
Sila baca artikel berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan AFC Champions League – 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai AFC Champions League.