Walaupun kemasukan syarikat Tesla sudah rasmi di Malaysia, masih kedengaran suara sebahagian individu yang merasakan tiada kesan ketara terhadap ekonomi negara.

Layanan keutamaan kepada Tesla disifatkan langkah baik membawa pelaburan berkualiti masuk ke Malaysia, kata dua ahli ekonomi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: RinggitPlus

Geoffrey Williams berpandangan langkah itu pragmatik, manakala Shankaran Nambiar pula melihat penekanan terhadap kecekapan berbanding penstrukturan semula sosial.

Pandangan mereka bertentangan dengan kritikan beberapa pihak terhadap kerajaan susulan pengumuman bahawa pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu tidak memenuhi syarat tempatan apabila menubuhkan ibu pejabat wilayahnya, termasuk pusat jualan dan perkhidmatan di Malaysia.

Sumber Gambar: Free Logo Design

Hal ini menjadi pincang apabila Tesla diberikan pengecualian daripada syarat yang memerlukan pembuat kereta asing melantik rakan tempatan bagi pengedaran kenderaan di Malaysia dan perlu penyertaan ekuiti Bumiputera sebanyak 30%.

Williams dari Malaysia University of Science and Technology, berkata tawaran kepada Tesla membawa manfaat ekonomi kepada negara ini.

“Perjanjian bersama Tesla merupakan apa Malaysia perlukan untuk membangunkan ekonominya,” katanya kepada FMT Business.

“Sekatan semasa berkait pelaburan langsung asing adalah berunsur perlindungan, manipulasi dasar, dan rasuah. Ia menjejaskan persekitaran pelaburan. Menarik sekatan tersebut lebih baik dan memberi lebihan kepada lebih banyak lagi pilihan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nambiar dari Institut Kajian Ekonomi Malaysia, berkata langkah kerajaan berganjak dari syarat asal dilihat permulaan kecekapan dan pulangan pelaburan berbanding struktur sosial.

“Perjanjian bersama Tesla boleh menjadi antara langkah pertama perdana menteri penstrukturan semula keutamaan negara, memformulasikan semula agenda kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran Tesla berkemungkinan membawa penubuhan kemudahan pembuatan bateri, pemindahan teknologi, dan kewujudan ekosistem EV.

Sumber