Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam melancarkan satu siri perlawanan persahabatan di satu lokasi ketika jendela antarabangsa yang digelar sebagai Siri FIFA (FIFA Series).

Projek perintis ini dimulakan di empat negara mulai bulan depan melibatkan 20 pasukan dari semua benua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sekalipun tiada trofi atau hadiah wang, siri itu diadakan untuk memberi faedah kepada pasukan kebangsaan yang tidak berpeluang menentang pasukan dari konfederasi lain, dengan FIFA bersedia membayar kos perjalanan.

Pelancaran Siri FIFA akan berlangsung dari 18 hingga 26 Mac depan di empat lokasi iaitu Arab Saudi, Algeria, Azerbaijan dan Sri Lanka.

Empat pasukan akan diletakkan satu kumpulan dan beraksi di lokasi yang berbeza.

Arab Saudi akan menjadi hos dua kumpulan dan tidak akan terlibat dalam perlawanan, untuk memberi manfaat kepada pasukan yang tidak pernah layak ke Piala Dunia.

Dua pasukan dari Asia Tenggara turut terlibat dalam Siri FIFA iaitu Kemboja dan Brunei. Mereka akan beraksi dalam dua perlawanan di Arab Saudi

Kemboja diletakkan dalam kumpulan A bersama Cape Verde, Equatorial Guinea, dan Guyana. Manakala Brunei pula akan menghadapi Guinea, Vanuatu, Bermuda.

“Sesetengah negara tidak pernah bermain dengan pasukan luar daripada konfederasi mereka,” kata pengarah persatuan ahli serantau FIFA bagi Eropah, Elkhan Mammadov.

“Mereka boleh meraih pengalaman kompetitif menentang pasukan di luar konfederasi mereka sendiri, berdepan pasukan dengan corak permainan yang berbeza.

“Ketika ini kami ada 20 pasukan bagi edisi perintis. Bagi edisi 2026 kami harap ia akan bertambah.”