Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April (Rabu) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.
Baca Juga:
- Kementerian Pendidikan Tinggi Sedang Merangka Garis Panduan Penggunaan ChatGPT
- Kementerian Pendidikan Lancar Sistem e-Scroll Untuk Atasi Masalah Ijazah Palsu
"Saya ada 2 pengumuman penting … KPM mengisytiharkan 19 April sebagai cuti sekolah sempena musim perayaan. Selain itu, Keputusan STAM akan diumumkan pada 18 April ini," jelas Menteri Pendidikan, @FadhlinaSiddiq. #AWANInews pic.twitter.com/C6cgBGAOQ6
— Astro AWANI (@501Awani) April 11, 2023
“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi, 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, pada 18 April keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) boleh diambil selepas 10 pagi.