Semalam, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman telah membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 di saluran TV1, RTM.

Menurut laporan, baginda tampil menyampaikan berita berhubung isu semasa negara kira-kira 15 minit bersempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75.

Berita yang disiarkan pada jam 8 malam itu terlebih dahulu memaparkan momen-momen ketika Tengku Permaisuri mula menjadi pembaca berita di RTM. Malah, ini merupakan kemunculan kali pertama baginda di kaca TV selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor lima tahun lalu.

Kemunculan istimewa itu membuatkan netizen berasa teruja dan ada yang meluahkan rasa rindu melihat Tengku Permaisuri menjadi pembaca berita. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berasa kagum dengan kepetahan baginda walaupun sudah lama tidak berada di kaca TV sebagai pembaca berita.

https://twitter.com/thepatyouknow/status/1377671324139548675

https://twitter.com/jalphonsalopez/status/1377783817881022467

https://twitter.com/wanfarlee95/status/1377758173134606336

Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji penampilan baginda semalam yang dikatakan cukup elegan dan cantik. Kali terakhir baginda tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu. Sepanjang karier baginda sebagai pembaca berita, baginda pernah merangkul beberapa anugerah penyampai terbaik.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang jadi bualan netizen pada pautan di bawah ini.

Kongsi Ciapan Sindiran, Tealive ‘Troll’ Pesaing Syarikat Buat Netizen Tergamam

Produksi Drama Rosakkan Khazanah Negara, Perak Bakal Ambil Tindakan Tegas Dan Tuntut Ganti Rugi