Seorang lelaki berusia 37 tahun yang merupakan peminat tegar Everton dan permainan Football Manager menerima kejutan istimewa selepas gelagatnya ketika melakukan siaran langsung mencuit hati ramai.
Ketika sedang live stream, lelaki itu berpura-pura mengadakan sidang media seperti seorang pengurus bola sepak di rumahnya.
Namun, isterinya yang muncul dalam siaran tersebut tidak dapat menahan diri daripada menegurnya.
Isterinya mengingatkan bahawa dia sudah berusia 37 tahun, mempunyai dua orang anak dan sepatutnya berhenti melakukan perkara kebudak-budakan seperti itu.
Tetapi jawapan lelaki tersebut memang mencuit hati.
“Beritahu perkara itu kepada Tarkowski,” balasnya, merujuk kepada pertahanan Everton, James Tarkowski di dalam video game.
Dia kemudian dengan sopan meminta isterinya meninggalkan bilik kerana kononnya sidang media tersebut masih berlangsung.
Rupa-rupanya, gelagat spontan itu sampai ke pengetahuan pihak Everton setelah video itu viral.
Lebih menarik, kelab tersebut mengambil keputusan menjemput lelaki berkenaan ke bilik sidang media sebenar milik Everton.
Di sana, dia berpeluang bertemu sendiri dengan James Tarkowski.
Apa yang bermula sebagai lakonan sidang media ketika live stream akhirnya menjadi pengalaman sebenar bersama kelab kesayangannya.
Daripada kena marah isteri di rumah, akhirnya dapat duduk di sebelah Tarkowski. Ini baru betul Football Manager!
"Morning, 'gaffer'!" 🤣 pic.twitter.com/4qQemXGDqc
— Everton (@Everton) November 18, 2026