Umum ramai mengetahui setiap kali ada orang hilang, netizen diceritakan mengenai pelapor perlu tunggu 24 jam barulah laporan polis boleh dibuat.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain tampil menafikan dakwaan ‘prosedur’ tersebut.

Baca Juga:

Memetik Sinar Harian, Orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahu pun kenalan.

“Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.

“Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, orang ramai boleh segera membuat laporan polis setelah melakukan carian orang yang dirasakan hilang dan cuba hubungi tapi gagal.

Jelasnya, laporan itu menjadi langkah awal bagi mengelakkan suatu insiden buruk berlaku terhadap individu yang dilaporkan hilang.

Pada masa sama beliau meminta masyarakat terus memainkan peranan membantu menyalur maklumat mengenai kes orang hilang.

“Peranan masyarakat sangat dihargai dalam membantu pihak polis. Saluran di pelbagai medium kita hebahkan berkait kes orang hilang untuk orang awam bersama kita membantu siasatan kes,” terang Tan Sri Razarudin.

Sumber