Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke sempadan Thailand semasa cuti panjang Deepavali nanti untuk berjaga-jaga.
Langkah itu susulan terdapat tujuh serangan dan pengeboman yang berlaku di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu, petik Berita Harian.
Baca Juga:
- ‘Ingat Kelakar?’ – Pemandu BMW Thailand Dikecam Turun Dari Genting Highlands Secara Berbahaya
- Mat Saleh Puji Perkhidmatan Tren KTMB, Dakwa Lebih Bagus Dari Thailand
- ‘Bukan Masalah Besar Rakyat Malaysia Pilih Bercuti Di Thailand’ – Ketua Persatuan Hotel
“Saya percaya ramai rakyat Malaysia akan pergi ke wilayah selatan Thailand sempena cuti Deepavali yang akan datang.
“Selain meminta mereka lebih berhati-hati, saya juga ingin menasihatkan pelancong Malaysia supaya, jika boleh, mengelakkan kawasan yang menjadi sasaran pihak yang terbabit dalam serangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta rakyat Malaysia perlu ‘membaca’ situasi terkini membabitkan negara yang ingin mereka lawati.
“Rakyat Malaysia juga perlu mendapatkan maklumat terkini sebelum merancang bercuti ke negara berkenaan,” katanya lagi.