Stray Kids merupakan sebuah kumpulan K-pop di bawah naungan JYP Entertainment. Kumpulan ini dibentuk melalui sebuah program realiti yang dibuat oleh syarikat produksi tersebut untuk mencari bakat baharu buat industri hiburan Korea Selatan.
Menerusi program tersebut, 8 ahli kumpulan telah berjaya dipilih. Setiap ahli bagi kumpulan Stray Kids datang dari latarbelakang yang berbeza tetapi seorang dari mereka mungkin lebih dekat dengan kita.
Han pernah menetap di Ampang Jaya?
Umum diketahui, setiap ahli kumpulan dalam kumpulan K-pop ada peranan mereka sendiri. Han atau nama sebenarnya Han Ji-sung merupakan rapper buat kumpulan Stray Kids.
Dilahirkan di Incheon, Korea Selatan, jejaka berumur 20 tahun ini pernah menetap di Malaysia untuk beberpa tahun sebelum pindah ke Korea untuk merealisasikan impiannya.
Han berpindah ke Malaysia ketika beliau berusia sekitar lapan hingga sembilan tahun dan pernah menetap di beberapa bandar di Selangor seperti Subang, Cheras dan juga Ampang. Ketika di Ampang, Han pernah bersekolah di Fairview International School selama 6 tahun.
https://twitter.com/skzhanmy/status/1077172080209088513
Walaupun telah meninggalkan Malaysia untuk beberapa tahun, Han pernah mengungkapkan bahawa beliau ingin berkunjung kembali ke negara ini. Selain dari itu, Han juga sering mengatakan bahawa dia merindui Malaysia dan makanannya seperti Bak Kut Teh dan buah manggis.
“Saya pernah tinggal di Malaysia dan ketika di sana, saya sangat menyukai buah manggis,” jelasnya di sebuah rancangan di Korea.
Dalam satu acara bertemu peminat, Han pernah juga ditanya tentang pengalamannya di Malaysia Menurut Han, beliau sangat menyukai roti canai dan sering pergi mamak untuk memakannya ketika beliau menetap di Ampang.
“Saya suka berkunjung ke KLCC ketika di Malaysia, selain dari itu, Mid Valley juga merupakan pusat beli belah kegemaran saya,” kata Han kepada peminat.
Han terbang ke Korea pada awalnya untuk menduduki perperiksaan. Mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, Han memutuskan untuk terus tinggal di Korea dan berjanji dengan ibu bapanya jika beliau tidak berjaya mendapatkan tempat sebagai trainee di mana-mana agensi dalam masa setahun, beliau akan pulang semula ke Malaysia.
Nasib ternyata menyebelahi Han apabila beliau mendapat tempat sebagai trainee di JYP Entertainment. Setelah beberapa tahun berusaha dan berlatih di agensi tersebut, Han akhirnya berjaya menjadi penyanyi dan juga rapper buat kumpulan Stray Kids.
Selain daripada Han, pelakon buat drama ‘Cheese in The Trap’ Seo Kang Joon juga pernah menetap di Malaysia tetapi tidaklah selama Han. Beliau hanya pernah belajar di sini untuk setahun lebih sahaja. Tak sangka, ada rupanya idol dan pelakon yang pernah tinggal di sini walaupun buat seketika.
Kalau anda ingin mambaca lagi kisah-kisah tentang idol K-pop, klik sahaja pada pautan di bawah!
Bekas Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi ‘Hidden Side’ Jadi Bintang K-Pop
Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak