PUMA hari ini telah melancarkan bola rasmi untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dikenali sebagai ‘PUMA Orbita Ultimate PL’ bakal digunakan di pemain bagi menghadapi musim 2025/26.
Majlis pelancaran telah berlangsung di PUMA Flagship Store di Sunway Pyramid, iaitu kedai flagship terbesar jenama ini di Asia, di mana para tetamu menjadi antara yang terawal menyaksikan PUMA Orbita Ultimate PL yang baharu.
Baca Juga:
- Koleksi Terbaharu PUMA: Tampil Berani Dengan Audacity Pack
- PUMA Lancar But FUTURE 8 Unlimited: Tampilkan Teknologi Terkini Untuk Pemain Kreatif
- Permulaan Era Baharu Harimau Malaya Bersama PUMA
Keistimewaan PUMA Orbita Ultimate PL
Bola ini direka dengan dua belas panel bersaiz sama bagi memastikan pengagihan berat yang tepat, menjadikannya seimbang sepenuhnya.
Teknologi acuan frekuensi tinggi memberikan ketahanan jangka panjang, dengan jahitan yang lebih besar dan dalam untuk meningkatkan aerodinamik, ketahanan bentuk, serta sentuhan lembut setiap kali disepak, tanpa mengira permukaan atau cuaca.
Semasa pelancaran tersebut para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan freestyle bola sepak yang penuh tenaga, mencerminkan kreativiti, emosi dan dinamik yang diwakili oleh bola ini.
Replika gergasi bola PUMA Orbita akan terus dipamerkan di kedai tersebut sehingga 30 Jun.
Sebagai sebahagian daripada kempen “Dare to Shine and Win” yang berlangsung dari 4 hingga 30 Jun, pengunjung kedai juga boleh menyertai peraduan di dalam kedai untuk berpeluang memenangi bola PUMA Orbita Match PL Brilliance.
Untuk menyertai, pengunjung hanya perlu mengambil gambar bersama Bola EPL Gergasi di PUMA Sunway Pyramid, memuat naiknya ke akaun Instagram mereka serta mengikuti (follow) dan menandai (tag) @puma.malaysia.
Membina momentum kemeriahan, pelancaran ini turut memperkenalkan kempen PUMA x Premier League ‘Have a Ball’ – satu sambutan terhadap kegembiraan dan keterujaan tulen apabila bola berada di kaki anda.
Inisiatif ini bertujuan menggalakkan pemain di semua peringkat untuk melepaskan rasa ragu dan terlalu berfikir, serta menyemarakkan semangat permainan berasaskan naluri, kebebasan dan kreativiti, sama ada di dalam atau di luar padang.
PUMA Orbita Ultimate PL akan membuat penampilan sulung di atas padang semasa Premier League Summer Series yang berlangsung di Amerika Syarikat pada Julai ini dan akan digunakan pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris pada 16 Ogos.
Bagi anda yang ingin mendapatkan bola tersebut, ia kini boleh didapati di kedai-kedai PUMA terpilih dan peruncit di seluruh negara.