Siri misi Global Sumud Flotilla 2.0 kali ini memperlihatkan jumlah figura dan individu berpengaruh yang melibatkan diri bagi mencerminkan komitmen negara dan soladariti terhadap rakyat Gaza.

Namun, timbul persoalan tentang sebahagian peserta kumpulan GSF 2.0 yang dirahsiakan identitinya malahan gambar mereka telah ditutup dengan sticker sementara ada yang ditunjukkan kepada umum sekaligus menarik minat orang ramai untuk mengetahui sebab disebaliknya.

Sebagai salah seorang wakil berpengaruh iaitu PU Rahmat yang juga lebih arif dalam perihal GSF 2.0 langsung memberi respons sebab identiti sesetengah ahli yang dirahsiakan itu.

Jelasnya, wujud beberapa faktor mempengaruhi wajah yang dipamerkan kepada umum atau tidak.

Untuk yang tidak dirahsiakan, ia adalah kerana merek meruapkan bekas peserta dari misi sebelum ini. Sebagai contoh, Ardell Aryana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Haroqs. Sementara buat yang pertama kali menyertainya akan dirahsiakan.

Kenapa pula Tuan Ahmad Faezal tidak ditutup walaupun baru pertama kali menyertainya? Hal ini kerana beliau dari awal sedia mengambil risiko penuh dan memang jalur tugasnya sebagai wartawan yang wajib dizahirkan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, seorang netizen turut sempat bertanyakan persoalan tentang risiko keselamatan untuk misi GSF 2.0 kali ini.

PU Rahmat menjawab “Risiko lebih tinggi sebab sekarang sedang perang lebih besar kerana melibatkan Iran”.

Sahabat-sahabat sekalian, di sebalik pelekat yang menutup wajah atau identiti yang dirahsiakan itu, sebenarnya tersimpan sebuah pengorbanan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Mereka bukan sekadar nama, tetapi mereka adalah ayah, ibu, anak, dan saudara kita yang sanggup meletakkan dunia di belakang demi melihat senyuman di wajah anak-anak Gaza.

Walaupun wajah mereka ditutup, doa kita jangan pernah terputus. Biarlah identiti mereka rahsia di bumi, namun kita harap nama mereka meniti megah di bibir para malaikat di langit sana.