Penglibatan aktivis dalam misi kemanusiaan antarabangsa, terutamanya ke zon konflik seperti Gaza, sering kali berhadapan dengan pelbagai reaksi, tidak terkecuali tudingan negatif.

Baru-baru ini, Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA), pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), tampil memberikan reaksi tegas terhadap dakwaan yang dilemparkan oleh segelintir netizen.

Tuduhan sinis itu mendakwa bahawa para peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) hanya “berwayang” dan mengejar populariti di sebalik usaha murni mereka.

Memetik laman Beautifulnara, tampil dalam siaran langsung pada 8 Oktober, ZRA menyifatkan tuduhan ‘berwayang’ itu sebagai tidak berasas dan berpunca daripada kejahilan di media sosial.

“Bodoh is real, tapi jangan jadikan ianya realiti. Akaun boleh fake, tapi bodoh is real. Bodoh sentiasa membiak. Bodoh memerlukan ruang yang luas.”

ZRA turut melontarkan cabaran, meminta pengkritik lantang itu tampil berdepan secara bersemuka, bukannya sekadar bersembunyi di sebalik papan kekunci.

“Anda dijemput untuk hadir ke studio ZRA atau naik kotak. Jangan hebat di komen. Kalau takut datang ke studio, panggil saja ZRA datang ke mana-mana.”

Dalam nada mencabar, beliau menggesa pengkritik misi itu untuk menunjukkan keberanian dan berdepan dengannya secara langsung, bukan sekadar menjadi ‘wira’ di alam maya.

Kenyataan ZRA itu hadir susulan komen-komen di media sosial yang memperlekehkan perjuangan sukarelawan SUMUD, menuduh mereka sengaja mencari perhatian selepas dibebaskan dari tahanan tentera Israel.

@zrastrim

Kembali Berjuang Demi Ghazzah #zrastrim

♬ original sound – ZRA STRIM – ZRA STRIM

Dalam pada itu,ketibaan mereka disambut dalam suasana penuh emosi dan syukur oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, wakil NGO, dan ratusan penyokong Palestin yang melaungkan “Free Free Palestin” dan “Allahuakbar”.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyifatkan para sukarelawan ini sebagai Wira dan Wirawati Kemanusiaan Negara.