Nama Zainal Rashid Ahmad atau dikenali sebagai ZRA naik dalam berita kerana beliau merupakan seorang sukarelawan dari Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.
Malah, beliau mempunyai peranan sebagai sukarelawan/aktivis Malaysia dalam misi antarabangsa yang berprofil tinggi dan berisiko untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Ramai menyangka nak jadi aktivis adalah mudah dan boleh sembrono redah ke kawasan-kawasan perairan luar negara.
Menerusi perkongsian eksklusif yang dibuat oleh beliau menerusi temu ramah bersama HotFM, bekas wartawan dan aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA), mendedahkan bahawa sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) wajib melengkapkan empat modul latihan penting sebagai persediaan sebelum memulakan pelayaran.
Tegasnya, wujud empat sesi latihan tersebut yang wajib dipelajari oleh sukarelawan atau aktivis dan sesiapa yang gagal melengkapkannya tidak akan dibenarkan menyertai pelayaran.
“Satu adalah latihan berkaitan bukan keganasan (nonviolence). Latihan itu mengelakkan tindakan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa semasa serbuan dijalankan.
Bila kapal kita diserbu apa yang kita perlu buat.
Latihan kedua menekankan siapa yang berkuasa ke atas kapal mengikut situasi.
Kapten bertanggungjawab membawa kapal tapi organizer membuat keputusan kerana dia lebih memahami strategi.”
ZRA turut menyatakan bahawa sukarelawan diajar tentang aspek perundangan antarabangsa. Ini penting kerana misi kemanusiaan tersebut dijalankan sepenuhnya di perairan luar negara.
“Yang ketiga belajar undang-undang antarabangsa iaitu tidak melakukan sesuatu di perairan antarabangsa bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan.
Contohnya, tidak dibenarkan membuang plastik kerana Itali menjaga persekitaran lautnya.
Kita juga belajar bagaimana untuk menggunakan sistem tanda sekiranya seseorang jatuh ke dalam laut.”
ZRA turut menjelaskan bahawa sukarelawan Flotilla mempelajari latihan asas seperti cara menggunakan pelampung dan jaket keselamatan di samping kemahiran-kemahiran lain.
@hotfm976_ Kesemua aktivis Global Sumud Flotilla yang berlayar, adalah mereka yang dah lengkap 4 training. Sebab kalau tak lengkap, mereka tak boleh berlayar. ZRA, Bekas Wartawan Malaysia pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke bumi Palestin, dan aktivis Global Sumud Flotilla. Strim Bekpes Hot di TikTok Live Hot FM sekarang! @ZRA STRIM #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #TerbaikSentiasaHangat #RadioNo1 #KJjadiDJ #Stand4Sumud #FreePalestine
Terdahulu, ZRA menjadi tumpuan kerana memilih untuk pulang secara senyap ke rumah dengan bantuan rakan-rakan, dan tidak menyertai 22 aktivis GSF lain yang disambut oleh 2,000 orang ramai di KLIA Terminal 1.