Iklan-iklan dari negara Thailand tidak pernah mengecewakan sesiapa yang menontonnya. Penuh dengan mesej tersirat, boleh dikatakan setiap iklan yang dihasilkan dari negara jiran itu pasti akan menyentuh hati dan nurani setiap insan.

Kali ini, syarikat Thai Life Insurance telah menghasilkan sebuah lagi iklan berdasarkan kisah benar seorang remaja yang berusaha mengumpul duit dengan melakukan persembahan jalanan demi membantu kos rawatan ibunya. Melihatkan kesungguhan remaja lelaki itu serta ketabahannya mengharungi rintangan hidup, pasti akan meruntun emosi anda. Nasihat kami, tolong sediakan sekotak tisu sebelum anda menonton video berdurasi 3.53 minit ini.


Sumber: Design Taxi

Memang sedih kan? :(