Memang tidak dinafikan, kita sering mengeluh dengan keadaa jalan raya tempatan kerana terdapat pelbagai masalah seperti tidak ditampal dengan rata dan seumpamanya.

Namun,  selepas penularan video rombongan Presiden Trump berkonvoi menerusi lebuh raya sewaktu perjalanan ke Sidang Kemuncak ASEAN meraih pujian ramai terutamanya dari kalangan rakyat Amerika Syarikat sendiri.

Menerusi video itu, kelihatan rombongan Presiden Trump sedang melalui Lebuhraya Maju Expressway (MEX) yang mana menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus ke pusat bandar Kuala Lumpur (termasuk kawasan KLCC), di mana Sidang Kemuncak ASEAN lazimnya diadakan.

Video telah dikongsi bersama sejumlah komentar yang mendakwa lebuh raya telah menjangkaui jangkaan netizen Barat tentang negara ini.

“Jalan raya mereka lebih bersih daripada jalan raya kami di California.”

“Tengok itu, tiada gelandangan, tiada khemah setinggan, tiada kebakaran, tiada sampah yang bersepah, tiada grafiti…”

“Itu nampak sangat bersih dan jalan raya pun kelihatan licin!”

“Lebuh raya itu nampak jauh lebih bersih daripada sebahagian lebuh raya dan jalan utama di Charlotte. Tapi, semua orang masih menyangka Malaysia ini entah kenapa masih negara dunia ketiga, haha.”

“Mengapa nampaknya jalan raya Malaysia lebih baik daripada jalan raya di Amerika Syarikat?”, demikian reaksi yang diberikan oleh mereka seusai menonton video tersebut.