Perlukah memilih kerja?
Aku pernah bertanya kepada sekumpulan undergrad. Perlukah memilih kerja pada awal-awal kerjaya?
Majoritinya cakap tak. Sepertimana yang banyak disarankan oleh usahawan-usahawan Malaysia.
Tetapi bagi aku? Pilihlah kerja. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai impian kerjaya yang tersendiri.
Dua sebab.
1. Pengalaman dan gaji
Katakanlah kita mempunyai impian kita yang tersendiri, seperti ingin menjadi chief economist suatu hari nanti. Sememangnya ianya impian yang tak akan tercapai jika kita bukanlah terlebih dahulu berkerja sebagai ahli ekonomi.
Mungkin ada yang berfikir, oh yang penting pada satu ketika, dapat kerja sebagai ahli ekonomi, tak perlu pun dari awal pun.
Betul, tetapi malangnya segala pengalaman kerja sebelum itu akan menjadi seperti sia-sia.
Walaupun ada 3 tahun pengalaman kerja bank dalam jawatan lain, jabatan sumber manusia (HR) yang mencari orang untuk jawatan ahli ekonomi tidak akan pandang pun 3 tahun pengalaman tu. Melainkan sekadar untuk gaji asas.
Tetapi itu juga bermaksud untuk menerima seseorang yang ‘tidak punya pengalaman’ tapi perlu diberi gaji seperti seorang yang berpengalaman, biasanya memang susah nak lepas di HR.
Dah terlalu ramai yang menantikan kerjaya yang diimpikannya. Namun gagal mencapainya kerana dia tidak bermula di dalam kerjaya yang ‘selari’ dengan impiannya.
Majoriti daripada kita akan tersekat di dalam bidang skop kerja yang sama seperti mana kerja pertama kita dahulu.
Sama juga dengan mereka yang ingin membuka perniagaan sendiri. Carilah kerja yang boleh membantu anda belajar selok belok bidang perniagaan yang diminati. InsyaAllah akan sangat membantu dalam mengurangkan risiko apabila bermula sendiri nanti.
2. Top 20 dan bottom 20
Khazanah Research Institute pernah membuat kajian.
Mereka mendapati untuk lingkungan umur yang sama, golongan yang top 20 paling kaya dan bottom 20 paling tak kaya pada 20 tahun yang lepas. Selepas 20 tahun, mereka masih lagi berada di top 20 atau bottom 20 untuk lingkungan umur mereka (lebih kurang, aku tak ingat secara spesifik nombor kajian tu).
Nak kata di mana kita bermula hakikatnya sangat memberi kesan ke mana masa depan kerjaya kita. Both direction wise and money wise.
Ini secara umum. Kes luar biasa sentiasa ada.
Tidak berkerja adalah lebih nampak tak cantik di resume berbanding bekerja di bidang yang lain.
Dari aku, yang pernah sehingga berhenti kerja dan macam tanam anggur sekejab demi lari daripada skop kerja pertama. Alhamdulillah sekarang dapat apa yang dikejar.
Wallahualam.