Nota Editor: Penulisan ini ditulis oleh Tuan Abdul Qahhar@Qamar Bin Dzolfakar dan dikongsikan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga penulisan dapat memberikan motivasi kepada mereka yang bercita-cita untuk berkahwin awal.
Kenapa saya nekad nak kahwin awal?
Assalamu’alaikum. Malam ni saya nak kongsikan kenapa saya ambil keputusan nak kahwin awal.
1. Salah satu sebab yang paling kuat ialah sebab nak ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan cita-cita nak kahwin pada umur 25 tahun. Tapi, InsyaaAllah jika umur panjang akan kahwin pada umur 24 bulan 6 tahun ni. Alhamdulillah, rezeki datang awal. Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Kahwin awal tu sunnah Nabi bagi pemuda yang mampu sebagai mana sabda Nabi SAW dalam hadis yang berikut:-
Sabda Baginda SAW yang bermaksud,
“Wahai sekalian pemuda, siapa di antara kalian yang telah mempunyai kemampuan, maka hendaklah ia menikah, dan barang siapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa kerana hal itu akan lebih bisa meredakan gejolaknya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Nombor 4677)
BACA: Berkongsi Kisah Sukar Sewaktu Baru Berkahwin, Ini Pesanan Imam Muda Buat Pengantin Baru
2. Kena “brainwash” atau tarbiyah oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani semasa beliau datang ke Toyama, Jepun untuk perasmian Masjid Al-Faruq di Toyama Muslim Center – TMC dan perasmian Muslim Care Japan.
Hari tu Ustaz Riduan Mohamad Nor, Ustaz Nik Mohamad Abduh dan Ustaz Ahmad Dusuki serta 2 orang wakil Muslim Care Malaysia Society datang.
Selepas perasmian selesai, saya duduk depan Ustaz Ahmad Dusuki untuk minta nasihat untuk diri sendiri sebagai anak muda. Lalu semua anak-anak muda lain yang berada berdekatan datang duduk dekat-dekat dengan saya dan Ustaz. Nasihat yang pertama ialah “Anta kahwinlah awal. Kalau tak anta akan menyesal. Saya dulu kahwin umur 20/21 (tak pasti) pun menyesal. Kalau boleh nak kahwin awal lagi. Nak bagitau betapa nikmatnya kahwin awal.” Selepas itu, Ustaz baca hadis seperti kat atas tu.
Ustaz kata jangan risau pasal kerja dan harta. Kahwin dulu insyaAllah rezeki datang mencurah-curah. Saya dulu pun tak kerja lagi masa kahwin. Saya bagitau kat Zaujah (isteri) saya, “Awak nak kahwin dengan saya? Saya nak kahwin awal kalau awak tak nak saya cari yang lain, (lebih kurang camtu la).” Lepas kahwin orang panggil saya ceramah… dipendekkan cerita, jangan bimbang pasal kahwin.
Selepas itu saya cerita masalah saya pada Ustaz Dusuki dan pasal bakal pasangan saya sekali. Lalu Ustaz Nik Abduh menyampuk, “Awak banyak setan ni,” sambil pegang bahu saya. Semua orang gelak terbahak-bahak. Ustaz kata begitu sebab saya beritahu yang saya tak berapa yakin lagi.. huhu. Lalu Ustaz Nik Abduh menambah lagi, “Orang lain dah bincang nak tambah cawangan dah, anta baru nak bincang kahwin.” Tertunduk saya malu tersipu-sipu. Haha.
Ustaz Dusuki cakap jangan hiraukan apa yang orang nak kata. Biasalah manusia tak lepas daripada buat dosa. Jangan risau pasal rezeki, anta kahwinlah awal.
Jadi, atas sebab 2 perkara di ataslah yang menaikkan jazbah atau semangat saya untuk terus berjuang untuk kahwin awal pada usia muda. Umur 24 tu tak muda sangat dah. Huhu.
Beberapa hari yang lepas, saya ada memberitahu kepada Ustaz Dusuki melalui whatsapp yang saya bakal melangsungkan perkahwinan pada 3/6/2015 ni dan untuk menjemput mereka bertiga pada majlis perkahwinan pada 4 dan 6/6/2015. Alhamdulillah, beliau masih ingat pada saya. Tetapi malangnya mereka tidak dapat datang kerana pada tarikh tersebut mereka terpaksa ke muktamar di Selangor.
Sekian, Terima kasih. hehe.
P/s:- Kepada anak-anak muda kahwinlah awal ye.. nanti menyesal (nasihat Ustaz Dusuki)~ Hehe
BACA Lagi: Seorang Penulis Terkenal Memuji Cara Pasangan Ini Berkahwin. Saksikan Kenapa