Drama melibatkan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah kembali panas. Isunya bermula apabila Puteri Sarah yang mendedahkan Syamsul Yusof memohon diskaun 30% untuk nafkah anak dan mutaah.

Selain itu, Puteri Sarah turut mendedahkan beberapa perkara melibatkan Syamsul Yusof yang sekaligus telah mengaibkan pengarah tersohor tersebut.

Baca Juga:

Terbaharu, Syamsul Yusof yang sebelum ini dilihat lebih berdiam diri tampil memuat naik sebuah perkongsian panjang di Instagram melibatkan Puteri Sarah.

https://www.instagram.com/p/CrROUJ2vH02/

Menurut Syamsul Yusof, Puteri Sarah sudah lama menerima dan membaca surat nusyuz. Walau bagaimanapun, beliau didakwa melengahkan isu tersebut sehinggalah Syamsul Yusof menfailkan nusyuz di mahkamah.

Puteri Sarah yang sebelum ini enggan bertemu Syamsul Yusof meskipun sudah berkali-kali diajak dikatakan hanya bertemu Syamsul Yusof selepas insiden tersebut.

Difahamkan isu yang dibincangkan adalah melibatkan penceraian serta mahu Syamsul Yusof menarik semula fail nusyuz yang mengandungi bukti Puteri Sarah membuat hubungan dengan suami orang sejak awal perkahwinan.

Malah, Puteri Sarah juga ketika ini dikatakan sudah mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain sedangkan beliau masih mempunyai suami. Syamsul turut mengatakan Puteri Sarah sebolehnya mahu Syamsul merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan umum.

Isu wang nafkah

Sumber: utusan

Mengulas mengenai isu wang nafkah anak, Syamsul mendedahkan Puteri Sarah sudah bersetuju untuk menerima wang nafkah anak melibatkan RM10,000 sebulan serta RM400,000.

Difahamkan jumlah ini diletakkan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bersetuju dengan jumlah tersebut meskipun Puteri Sarah pernah mengatakan tidak mengharapkan duit suami.

Hal ini membuatkan mereka masing-masing mencapai kata sepakat dan tampak gembira di mahkamah pada minggu lalu kerana berpendapat isu ini sudah selesai.

Walau bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila Puteri Sarah dikatakan secara tiba-tiba menukar perjanjian serta meminta aset jutaan Ringgit. Malah, Syamsul mendakwa beliau dituduh Sarah beliau yang menukar perjanjian serta mencanang di media sosial.

Sumber: Utusan

Syamsul Yusof mengatakan tujuan beliau membuat perkongsian panjang ini bukanlah untuk meminta simpati para netizen. Namun sekadar mahu Puteri Sarah berhenti memberi informasi yang salah kepada pihak netizen.

Malah, beliau turut mengatakan ibu bapa Puteri Sarah juga bingung dengan keputusan Puteri Sarah serta meminta Syamsul Yusof sabar dengan apa yang berlaku.

Pengarah berusia 39 tahun ini turut mengaku mereka kedua-duanya mempunyai salah masing-masing. Sekiranya Puteri Sarah memilih untuk bercerai kerana suaminya berpoligami, beliau sanggup lakukannya seperti dimahukan.

Walau bagaimanapun, beliau meminta Puteri Sarah menerima qada dan qadar serta menerima takdir dengan tidak lagi berdendam sehingga ke tahap ini. Beliau mahukan Puteri Sarah fikir dengan tenang serta berpisah dengan cara yang baik demi masa depan anak-anak.