Chef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkongsi foto terbaharunya yang tampil dengan imej botak. Difahamkan beliau mengalami keguguran rambut yang teruk akibat menjalani rawatan kemoterapi.

Chef Wan memaklumkan bahawa beliau yakin dengan penampilan baharunya itu meskipun ada yang mencadangkan untui mengenakan top.

Baca Juga:

“Qamal kata kepada saya selepas mencukur rambut mungkin saya mahu memakai topi untuk menutup kepala jika keluar.

“Saya kata saya lebih yakin dengan diri saya lebih yakin dengan diri saya daripada bimbang tentang penampilan saya atau bagaimana saya harus tampil di khalayak ramai,”katanya dengan lanjut.

Chef Wan berkongsi berkenaan perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memperlihatkan imej terbarunya.

Sementara itu, beliau memberitahu tidak semua orang berani tampil dengan penampilan sebegitu dan menyukainya kerana ia membuatkan kepalanya terasa lebih ringan.

“Kepala saya terasa ringan dan lapang ketika ini”, luahnya di kapsyen gambar dengan penampilan terbaharunya di Instagram.

Untuk makluman, Chef Wan mendedahkan bahawa beliau disahkan menghidap kanser limfoma selepas melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali pada awal Ogos lalu.