Undian Piala Dunia Ragbi 2027 yang diadakan sebentar tadi menyaksikan juara edisi lalu, Afrika Selatan telah diundi bersama-sama Itali, Georgia dan Romania dalam kumpulan B.
Sebagai rekod, kejayaan menundukkan New Zealand di Stade de France pada 29 Oktober 2023 itu menjadikan Afrika Selatan sebagai pemenang terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan empat kejuaraan.
Baca Juga:
Kejohanan pada 2027 yang bakal berlangsung di Australia itu menyaksikan slot 20 pasukan telah dinaikkan kepada 24 apabila pasukan dibahagikan kepada enam kumpulan dengan empat negara bagi setiap kumpulan.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan serta empat pasukan tempat ketiga terbaik akan mara ke pusingan 16.
24 negara yang bertanding terdiri daripada 12 pasukan yang layak secara automatik berdasarkan pencapaian mereka di kejohanan 2023 dan 12 lagi pasukan mara menerusi pusingan kelayakan pada tahun ini.
Piala Dunia Ragbi edisi ke-11 akan bermula pada 1 Oktober 2027 manakala perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 13 November.
Berikut merupakan senarai keputusan penuh undian bagi Piala Dunia Ragbi 2027:
Kumpulan Piala Dunia Ragbi 2027
Kumpulan A: New Zealand, Australia, Chile & Hong Kong China
Kumpulan B: Afrika Selatan, Itali, Georgia & Romania
Kumpulan C: Argentina, Fiji, Sepanyol & Kanada
Kumpulan D: Ireland, Scotland, Uruguay & Portugal
Kumpulan E: Perancis, Jepun, Amerika Syarikat & Samoa
Kumpulan F: England, Wales, Tonga & Zimbabwe
