Kerajaan dijangka akan mengumumkan esok sama ada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dikembalikan semula.

Pengumuman itu akan dibuat semasa pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026–2035, petik New Straits Times.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyatakan bahawa keputusan tersebut bertujuan untuk memperkukuh kualiti pendidikan, dengan mengambil kira keperluan murid serta potensi sistem penilaian yang lebih holistik.

Sumber