Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sedang mengkaji kemungkinan membenarkan pelarian dan pencari suaka bekerja sementara di sektor perladangan bagi menangani isu kekurangan pekerja, lapor The Sun Daily.
Buat masa ini, pelarian dan pencari suaka dilarang untuk bekerja di semua sektor, termasuk perladangan.
Baca Juga:
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
Isu ini dibawa oleh Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mencadangkan kementerian berkaitan mengkaji penggunaan pekerja sementara daripada kumpulan pelarian dan pencari suaka bagi menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan.
Sebagai maklum balas, Timbalan Perdana Menteri Seri Fadillah Yusof, yang juga menteri perladangan dan komoditi, berkata cadangan untuk membolehkan mereka bekerja di ladang telah dilaksanakan sebelum ini tetapi gagal, jadi perkara itu kini dalam semakan MKN.
Sehingga akhir Januari 2023, difahamkan terdapat kira-kira 183,790 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia.