Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, Tun Dr Mahathir berkata kerajaan telah bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara dalam usaha untuk membayar hutang negara yang tinggi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Kerajaan turut mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah untuk mengurangkan sedikit beban untuk membayar hutang-hutang negara yang tinggi. Ulas Tun Mahathir, cukai yang diperkenalkan pada kali ini sedikit berbeza pada sebelum ini yang bertujuan untuk membayar hutang negara.

Tun Dr Mahathir yang ditemui di Forum Malaysia Dalam Era Baharu baru-baru ini telah menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan terpaksa melepaskan aset negara untuk mendapatkan dana bagi menyelesaikan isu hutang negara yang mempunyai jumlah yang tinggi.

Difahamkan cukai baharu ini dibuat berikutan pihak kerajaan yang gagal mengetahui dimana duit kerajaan sebelum ini melabur sekaligus mendesak pihak kerajaan untuk mencari sumber lain. Selain itu, pihak kerajaan juga mempertimbangkan untuk melepaskan aset seperti tanah dan menjual kepada pelabur tempatan untuk meningkatkan hasil negara.

Tun sangat yakin bahawa Malaysia mampu tangani isu hutang yang tinggi ini dan akan bangkit kembali daripada isu-isu seperti itu kerana sebelum ini Malaysia pernah hadapi isu yang sama pada tahun 1997/1998 namun Malaysia terus bangkit demi memajukan dan membersihkan kembali nama negara.

tun-M-berucap-1170×780

Tun juga berharap dengan berlangsungnya forum tersebut, sedikit sebanyak dapat menyumbang idea kepada pembentukan dasar kerajaan dan Malaysia kembali menjadi Harimau Asia yang digeruni seperti sedia kala. Dikatakan beliau juga telahpun berjaya menarik minat pelabur Amerika Syarikat dan United Kingdom melalui lawatan beliau baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir turut meluahkan rasa kecewa beliau terhadap pengurusan dan pentadbiran kerajaan sebelum ini yang mengambil remeh perkara seperti itu.