Kementerian Komunikasi dan Digital kini secara rasminya melancarkan pakej perpaduan prabayar internet mudah-alih buat rakyat tempatan. Dengan pakej perpaduan prabayar ini, para pelanggan bakal menerima akses internet data 30GB pada harga RM30 dengan tempoh sah sehingga 180 hari lamanya.
Pakej ini disediakan syarikat telekomunikasi tempatan termasuk Celcom, Digi, Maxis Hotlink, U Mobile, Unifi Mobile, Yes, OneXOX, Mcalls dan Tunetalk. Setiap syarikat telekomunikasi menyediakan pelan ini dengan akses internet sepantas 3Mbps.
Baca Juga:
- ‘SKMM Berjaya Sekat Lebih 1 Bilion Nombor Panggilan ‘Scam’ Sejak 2017′- YB Fahmi Fadzil
- ‘NSRC Berjaya Selamatkan RM1.4 Juta Wang Mangsa Scammer Pada Tahun Lalu’- YB Fahmi Fadzil
Pakej ini ditawarkan kepada belia berumur bawah 30 tahun, pengguna dibawah kategori B40, OKU, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas selain veteran ATM dan polis.
Dengan penawaran ini, ia membolehkan orang ramai kekal berkomunikasi dan melakukan aktiviti seharian dengan lancar di dalam era digital. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak untuk mendapatkan pelan ini daripada syarikat telekomunikasi bermula hari ini sehingga 31 Disember 2023 kelak.