Menerusi laporan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK) yang diterbitkan oleh Kementerian Ekonomi, kerajaan akan meneroka satu mekanisme baharu, petik Berita Harian.

Mekanisme itu membolehkan pengasingan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada dua komponen, iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan.

Baca Juga:

“Melalui usaha ini, golongan pekerja akan dapat mengeluarkan sebahagian daripada simpanan, di samping menerima pencen bulanan pada umur persaraan,” katanya.

Pada masa sama perlindungan sosial untuk semua golongan pekerja akan diperkukuh bagi memastikan perlindungan yang lebih menyeluruh, termasuk ke atas risiko kehilangan pekerjaan dan kemalangan.

Bagi pekerjaan gig pula, satu perundangan khusus akan digubal bagi menjamin kebajikan pekerja gig, termasuk hak untuk bekerja dalam suasana yang selamat, sihat dan kondusif.

“Perlindungan daripada bencana pekerjaan pula akan ditambah baik untuk meliputi kemalangan di luar waktu bekerja dan bukan berkaitan kerja.

“Perkhidmatan rehabilitasi dan pemulihan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga akan diperluas bagi membolehkan pekerja yang ditimpa kemalangan menerima rawatan yang diperlukan dan kembali bekerja,” katanya.

Sumber